Selasa, 8 Disember 2009

Bermulanya Semester 3

Hari ini, hari pertama kuliah Semester 3! Semalam, baru habis periksa semester 2. Dua jam pertama, waktu kuliah BMM3103, lecturer tidak dapat hadir kerana emergency kes! Boring dan ngantuk, caranya tengok internet le...! Buat le kerja, yang entah..lah berfaedah atau tidak...! Harap-haraplah berguna le...!

Teras dan terfikir hendak terjemahkan jerih perih, suka duka, susah senang waktu belajar..., juga dengan harapan sekurang-kurangnya ilmu yang diceduk tidak terbuang begitu saja, mungkin juga dapat dimanfaatkan oleh generasi kemudiannya, kurebut masa ni untuk buat blog khas sepanjang pengajian!

Hajat hati ingin meninggalkan buah tangan yang walaupun tidak terbaik ataupun baik di mata lecturer tetapi sekurang-kurangnya menjadi sandaran atau sempadan buat yang memerlukan! Segala assigment, nota-nota kuliah, bahan-bahan internet dan bahan lecture akan kucuba muatturunkan di blog ini...!

Blog ini hanyalah blog untuk kegunaan peribadi yang belum tentu baik dan betul! Semoga tidak disalahterima atau disalahguna ataupun dijadikan pulak sebagai tempat rujukan utama...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan