Sabtu, 20 Mac 2010

Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam

Kadang-kadang terfikir juga di hati ini, mengapa harus aku susah-susah belajar di umur setua ini? Apakah lagi yang kucari, gaji, pangkat, rumah, kereta, suami, anak-anak atau..., apa lagi...? Sedangkan semuanya ini sudahku punyai. Masa yang tinggalpun belum tentu menjanjikan kelebihan! Mengapa aku mesti susah-susah mengharungi masalah yangku cipta sendiri...? Mengapa mesti aku memikirkan asignment yang sentiasa pergi dan datang...? Itu belum masuk exam yang amat menyiksa jiwa dan raga...! Teringat bagaimana susahnya nak menyiapkan asignment sampai berjaga sepanjang malam... Bagaimana tensionnya perasaan memikirkan apa harus aku jawab esok hari, sedangkan apapun belumku ketahui... Mengapa harus aku hadapi semuanya ini...???

Mengenang kembali memori lalu, kadang-kadang terasa seperti dalam mimpi aku belajar lagi...! 12 tahun yang lalu, Suami mengisi borang PJJ untukku belajar, tapi aku bersyukur kerana tidak berjaya! Aku sememangnya tidak berminat untuk menyambung pelajaran kerana bagiku tugas belajar itu adalah tugas anak-anakku yang masih kecil. Aku tidak sanggup merampas hak mereka untuk menjadi hakku sedangkan keperluan mereka lebih wajibku sempurnakan kerana masa belajar mereka tidak dapat diulang kembali! Mengapa pula aku mesti rebut keperluan belajar mereka sedangkan waktu itu aku sepatutnya memberi perhatian dan bimbingan kepada mereka. Kusempurnakan tugas sebagai ibu dan pendidik sebaik mungkin, kubiarkan masa berlalu sehinggalah tiba satu ketika terasa ingin tenang daripada suasana hiruk pikuk sekolah, aku mohon KDP 14 minggu dan dapat!

Ya... betul, rasa selesa dan tenteram selama tiga bulan tapi... tetap juga kufikirkan anak-anak, aku bertekad tidak mahu menyambungnya! Suami akur dengan keputusanku sehinggalah keluar PGSR, sebenarnya umur cukup-cukup di sempadan, suami masih lagi memberi dorongan, saja cuba-cuba, nak "test market" layak atau tidak? He..eleh, dapat pulak! Nak tolak jadi serba salah, berapa ramai orang yang mohon, berapa ramai yang berebut untuk masuk belajar, mengapa mesti aku lepaskan peluang ini?

"Sabarlah..., tengoklah, dah setahun berlalu. Dah dua Semester, luluspun... Sedar-sedar, nanti sampai juga empat tahun...! Kalau tidak, masa itu berlalu begitu sahaja tanpa pengisian... Hadap je le... Lagipun, dapat segarkan balik ilmu dulu tu, disamping tak tertinggal jauh ke belakang...! Sekurang-kurangnya, dapat ilmu, ijazah dan DG41 yang mungkin diperlukan untuk seorang Guru Besar. Semasa tu, barulah sedar, ruginya tak belajar dulu..!" bisik Suami yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepadaku untuk meneruskan studi ini.

"Saya kesian kat anak-anak yang terkorban masa cuti sekolah dan keperluan mereka yang tidak dapat saya sempurnakan. Sepatutnya masa cutilah mereka berkumpul, bergembira, berhibur, melancong bersama..., tapi kini, masa itu terpaksa dikorbankan kerana ibu mereka belajar...!" Aku masih lagi tidak puas hati dengan jawapan suami.

"Ya betul, anak-anak perlu bercuti dan bergembira tapi perlukah sepanjang percutian? Perlukah mereka dihiburkan tanpa pengisian? Keseronokan berhibur hanyalah jika semuanya ada, sekali-sekala eloklah kita bawa mereka melancong tapi adakah setiap kali cuti sekolah kita perlu pergi? Lebih-lebih lagi semasa tahun peperiksaan penting mereka? Cuba fikir secara positif, kalau ibu mereka tidak belajar, sepanjang cuti dihabiskan melayan mereka. Biar mereka pergi tuisyen, tidaklah hanya mengadap tv dan internet aje...! Lagipun mereka sudah besar, bukannya perlu dibelai dan diusap lagi... Setakat makan minum mereka, abang boleh selesaikan...!"

Kata-kata suami inilah yang menguatkan semangatku mencari "permata" dan aku percaya "ilmu" adalah permata yang amat berharga dan tinggi nilainya kepada sesiapa yang berusaha mencarinya. Kilauan dan pancaran permata ilmu begitu hebat terserlah kepada pencarinya! “Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam”. Hasrat ini, sebenarnya sebagai mesej kepada anak-anak bangsa yang dididik terutama anak-anakku sendiri yang semuanya sedang mengejar ilmu. Kuharapkan daya juang yang dilalui sepanjang jalan menambah ilmu ini menjadi motivasi berharga kepada semua anak-anakku! Semoga ruang dan pengorbanan yang mereka berikan, tidak tersangkut atau tersekat di tengah jalan, dan aku pasti..., selagi suami memberi dorongan dan galakan selagi itulah semangatku tidak akan luntur, InyaAllah.

Terima kasih Suamiku...!