Isnin, 28 Disember 2009

Fuh........ Banyaknya Assignment...........!!!

Pengajian Kemahiran Bahasa Melayu (BMM3104)
Tarikh hantar : Mac 2010


(A) Kenal pasti dan huraikan dua kemahiran bahasa (kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis) yang anda pilih berdasarkan Sukatran Pelajaran dan Huraian Sukatan Sekolah Rendah

(B) Dengan menggunakan unsur penggabungjalinan kemahiran :
(i) Hasilkan satu Rancangan Pengajaran (RPH) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah yang lengkap dan sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang dipilih (mengikut format RPH yang telah dibekalkan)
(ii) Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah merangkumi bahan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti yang sesuai bagi jangkamasa 60 minit.



Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah (BMM3103)
Tarikh hantar : 23 Februari 2010


Analisis dan kaji sejauhmana pentaksiran Bahasa Melayu di sekolah berkesan. Sejauhmanakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran berkesan?

1. Nyatakan pendapat-pendapat ahli bahasa mengenai tujuan-tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep-konsep pengujian, penilaian dan pengukuran dalam bentuk grafik.
2. Membina 10 item ujian objektif dan 10 item subjektif mengikut aras Taksonomi Bloom dan Taksonomi Solo serta Jadual Spesifikasi Ujian.
3. Buat bandingbeza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas dengan menggunakan borang pengurusan grafik.
4. Anda dikehendaki membuat penilaian murid di dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas penilaian tersebut serta kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.



Budaya dan Pembelajaran (EDU3106)
Tarikh hantar : 27 Januari 2010(sehingga Mac 2010)


Secara individu anda dikehendaki menghasilkan esei pendek dengan memilih satu etnik di Malaysia. Seterusnya anda dikehendaki membincangkannya dari aspek :
i. struktur masyarakat/kelas sosial
ii. kepercayaan
iii bahasa
iv adat resam

Cadangkan dua kaedah pengajaran yang dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.(Refleksi)



English Language Proficiency 11 (WAJ3103)
Tarikh hantar : 30 Januari 2010


Write an informal letter for friend to intruduce about PGSR programe and your experience


Pendidikan Seni Visual (PSV3103)
Tarikh hantar : Mac 2010


1. Hasilkan Satu (1) Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan mana-mana satu Teknik Menggambar. Sertakan Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan topik tersebut

2. Berdasarkan Bidang Menggambar dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, hasilkan satu buku skrap yang mengandungi hasil karya berdasarkan Teknik Menggambar seperti tajuk di bawah:
1. Lukisan 7. Gosokan
2. Catan 8. Stensil
3. Kolaj 9. Percikan
4. Montaj 10. Gurisan
5. Cetakan 11. Capan
6. Resis 12. Mozek

Setiap hasil kerja hendaklah disediakan prosedur pembuatan dari peringkat permulaaan hingga akhir.
Saiz karya : Kertas lukisan
Media : Pelbagai – Pen, pensel, cat air dll



Hai... Tak tau mana satu nak buat dan nak mulakan...! Apa nak kate lagi, ini le penangan orang belajo... Kecik-kecik malaeh belajo, dah tua baru nak cobe...! Sabo aje..., slow-slow le membuatnye.... Jangan bagi daleh mesti kata boleh...! Yang pasti jangan tunggu last minutes.... Sekarang ni baru peringkat kumpul bahan...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan